Want your
own Fotopage?














 
Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]
Friday, 14-Nov-2008 10:26 Email | Share | | Bookmark

MUKADDIMAH:

KELAS AKAN DATANG:
PAKEJ CHOC DECO - 16 NOV - ADA KEKOSONGAN
PAKEJ 2,3,4 - 24-26 NOV - ADA 2 KEKOSONGAN
PAKEJ 2,3,4 - 3-5 DEC - ADA 2 KEKOSONGAN

ANDA YANG BERMINAT BOLEH MENGISI KEKOSONGAN INI ATAU MENEMPAH KELAS MENGIKUT TARIKH ANDA BERKELAPANGAN

DENGAN MATLAMAT MEMBANYAKKAN AGEN PRODUK HALAL DEMI KEUTUHAN UMMAH, KELAS BAKE & DECO ZATI D'HATI MENAWARKAN PAKEJ-PAKEJ BERIKUT
PAKEJ 1 - BAKE SAHAJA - 4 METHOD KEK - METHOD BUTTER, SPONGE MODEN, SPONGE TRADISI, CIFFON. MASA- 10 PAGI- 1 TENGAHARI- RM 250
PAKEJ 2 - KELAS BUTTERCREAM - CARTOON ARTWORK DAN 3D - MASA: 9 PAGI DAN BERAKHIR HINGGA SELESAI, MENGIKUT KECEKAPAN ANDA - RM 250
PAKEJ 3 - KELAS BUTTERCREAM - BASKETWEAVE & SPECILITY CAKES - BELAJAR BUAT ROSES, FIVE PETALS, CHRYSANTHEMUM, DROP FLOWERS. MASA 9 PAGI DAN BERKAHIR HINGGA SELESAI MENGIKUT KECEKAPAN ANDA - RM250
PAKEJ 4- KELAS CHOC DECO - TOPPING DENGAN GANACHE, DECO BORDER DAN MEMBUAT ROS DARIPADA COKLAT. MASA 9 PAGI DAN BERAKHIR HINGGA SELESAI MENGIKUT KECEKAPAN ANDA. PERCUMA DEMO MEMBUAT CHOC BANANA CAKE - RM 290
PAKEJ 5 - KELAS CUPCAKE DENGAN BAKAR DAN DEKO 25 BJ CUPKEK MENGGUNKAN BUTTERCREAM, CHOC GANACHE DAN SUGAR PASTE. MASA JAM 9- 3 PETANG. RM 250
PAKEJ 6 - FONDANT DAN GUMPASTE - 4 HARI - RM1200. BOLEH DIPERCEPATKAN MENJADI DUA HARI.
SESIAPA YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI 017-9427033 ATAU 013-9823030 ATAU EMAIL zatidhati@gmail.com, zatidhati2u@yahoo.com.my. Anda boleh membuat tempahan pakej pada sebarang tarikh mengikut kelapangan anda.
______________________________________________________________

Aku rindu untuk mengetuk papan kekunci ini. Rindu untuk melayari alam maya. Rindu untuk menyapa teman-teman. Tetapi kesibukan merantai diri. Internet pula terbakar dipanah kilat. Hendak ke cc, memang tidak dapat masa dan ruang.

Hari ini terikat dengan kesuntukan waktu, aku sempat masukkan gambar-gambar ini untuk tatapan. Tak dapar cerita panjang kerana sakit belakang yang tidak juga hilang sepanjang hamil ini.
Ini adalah kelas cupcake selepas raya. Dihadiri oleh Rina. seorang lagi hamba Allah dari Doha Qatar bukan main lagi merayu-rayu dan berjanji. Tetapi tiba saatnya sepi tanpa sms, call dan email. seolah-olah dia tidak pernah wujud. Terus terang aku terkilan dengan cara begini. Kita sebagai melayu, dibesarkan dengan adat dan adab, sopan dan tatasusila. Seandainya tidak dapat hadir, beritahu awal-awal, mohonlah kemaafan. Dalam hal ini, aku tahu mengapa Lynnhassan menegaskan setiap orang perlu membuat bayaran sebelum kelas sebagai bayaran pendaftaran. Inilah hal yang hendak dielakkan. Mana tidaknya, apabila ada yang menempah tarikh untuk kelas, aku awal-awal terpaksa menolak order pelanggan. Bayangkan berapa order yang perlu ditolak sedangkan order itu adalah reseki untuk anak-anak. Tidak mengapa, ini pengajaran.
Rina, student kali ini bekerja dengan sebuah kilang yang antaranya mengeluarkan glycerine. Kata Rinha, jangan was-was dengan glicerine kerana ia diperbuat daripada bahan kelapa sawit. Agh, lega dengan penerangan Rina.


Inilah Rina, periang, mudah ketawa dan tangkas kerja.
Maaf, terpaksamemilih noktah di sini. aku perlu pulang ke bengkel. Hari hampir maghrib. Mak bonda pasti akan berleter panjang apabila hamil begini merayap di maghrib hari. Jumpa lagi. akan aku masukkan gambar2 sebenar pengisian modul cupkek. salam rindu

salam...Ti. Ingat saya lg...kita dah selamat bersalin...hari ni...35hr. baby sedang tidur...hati ni...rindu pada rakan2 maya yg lama tak dijenguk..fp sendiri belum bersambung...jaga diri ye... Mon 17-Nov-2008 05:15
Posted by:hayatibadri hayati_badri@hotmail.com  - [Link]
betui la tu k zati....kalo x byr ni..derang bleh buat main2 je....sbb takde komitmen utk itu..takpela kak..sabar je la byk2..... Mon 17-Nov-2008 13:31
Posted by:midnitebaker@Taiping,Perak balqis_cakes@yahoo.com  - [Link]
Sekali kena mmg serik kak...selalu kita dgr ungkapan.."tak kan tak percaya saya..saya tak lari punya"tapi akhirnya kita yg lari kejar dia..cam kita yg hutang dia..hampeh btoi Mon 17-Nov-2008 13:39
Posted by:linda linda@kaoricake.com.my  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 17-Oct-2008 01:06 Email | Share | | Bookmark
TERIMA KASIH ANAK-ANAK

MUKADDIMAH:

KELAS AKAN DATANG:
PAKEJ CUPCAKE - 2 NOV- ADA 2 KEKOSONGAN
PAKEJ 2,3,4 - 24-26 NOV - ADA 2 KEKOSONGAN
ANDA YANG BERMINAT BOLEH MENGISI KEKOSONGAN INI ATAU MENEMPAH KELAS MENGIKUT TARIKH ANDA BERKELAPANGAN

DENGAN MATLAMAT MEMBANYAKKAN AGEN PRODUK HALAL DEMI KEUTUHAN UMMAH, KELAS BAKE & DECO ZATI D'HATI MENAWARKAN PAKEJ-PAKEJ BERIKUT
PAKEJ 1 - BAKE SAHAJA - 4 METHOD KEK - METHOD BUTTER, SPONGE MODEN, SPONGE TRADISI, CIFFON. MASA- 10 PAGI- 1 TENGAHARI- RM 250
PAKEJ 2 - KELAS BUTTERCREAM - CARTOON ARTWORK DAN 3D - MASA: 9 PAGI DAN BERAKHIR HINGGA SELESAI, MENGIKUT KECEKAPAN ANDA - RM 250
PAKEJ 3 - KELAS BUTTERCREAM - BASKETWEAVE & SPECILITY CAKES - BELAJAR BUAT ROSES, FIVE PETALS, CHRYSANTHEMUM, DROP FLOWERS. MASA 9 PAGI DAN BERKAHIR HINGGA SELESAI MENGIKUT KECEKAPAN ANDA - RM250
PAKEJ 4- KELAS CHOC DECO - TOPPING DENGAN GANACHE, DECO BORDER DAN MEMBUAT ROS DARIPADA COKLAT. MASA 9 PAGI DAN BERAKHIR HINGGA SELESAI MENGIKUT KECEKAPAN ANDA. PERCUMA DEMO MEMBUAT CHOC BANANA CAKE - RM 290
PAKEJ 5 - KELAS CUPCAKE DENGAN BAKAR DAN DEKO 25 BJ CUPKEK MENGGUNKAN BUTTERCREAM, CHOC GANACHE DAN SUGAR PASTE. MASA JAM 9- 3 PETANG. RM 250
PAKEJ 6 - FONDANT DAN GUMPASTE - 4 HARI - RM1200. BOLEH DIPERCEPATKAN MENJADI DUA HARI.
SESIAPA YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI 017-9427033 ATAU 013-9823030 ATAU EMAIL zatidhati@gmail.com, zatidhati2u@yahoo.com.my. Anda boleh membuat tempahan pakej pada sebarang tarikh mengikut kelapangan anda.
______________________________________________________________

AIDILFITRI baru-baru ini, aku tidak berani mengambil tempahan kerana bimbangkan kesihatan yang tidak menentu akan menyebabkan tempahan tidak tertunai. Hanya membuat jualan di gerai mak bersebelahan Pasaraya Tunas Manja dan di tapak Pasar Ramadhan. Kebetulan anak-anak cuti sekolah, maka 4 orang anak ini mengambil giliran menjual. Bermula 28 Ramadhan, oven mula operasi.

Azzahra dan Taqiuddin mengambil giliran berniaga bermula jam 10 pagi di gerai emak. Azzahra memang minat berniaga, tidak malu-malu. Taqiudin pula ramah mempelawa orang membeli kek. Tidak kira kecik besar tua muda semuanya di sapa. Kata hubby, “tak kira orang tua bongkok tiga ke bongkok empat, semuanya dipanggil kakak.”

Jam 3 Azzahra dan Taqiuddin pulang. Amsyar dan Alim mengambil alih. Tidak lagi jual di tepi pasaraya tetapi beralih ke Pasar Ramadhan.

Alhamdulillah kerana mengurniakan semangat ingin membantu orang tua dalam diri anak-anak. Terima kasih, anak-anak.

Tanpa menerima tempahan seperti tahun-tahun dulu, hanya tawakal kepada ‘kita buat dan jual akalu kita sihat’, simple coklat moist laris lebih 400 biji. Ada juga buat simple choc moist dengan berat 1kg, tapi tidak banyak.

28-30 Ramadhan itu ada juga yang menempah kek harijadi. Ini pun sebenarnya adhock order. Rata-ratanya choc moist, jadi senang saja kerjanya.

Meh kita lihat hasilnya, seadanya pada waktu terkejar2 menyudahkan simple choc moist.



AIDILFITRI baru-baru ini, aku tidak berani mengambil tempahan kerana bimbangkan kesihatan yang tidak menentu akan menyebabkan tempahan tidak tertunai. Hanya membuat jualan di gerai mak bersebelahan Pasaraya Tunas Manja dan di tapak Pasar Ramadhan. Kebetulan anak-anak cuti sekolah, maka 4 orang anak ini mengambil giliran menjual. Bermula 28 Ramadhan, oven mula operasi.

Azzahra dan Taqiuddin mengambil giliran berniaga bermula jam 10 pagi di gerai emak. Azzahra memang minat berniaga, tidak malu-malu. Taqiudin pula ramah mempelawa orang membeli kek. Tidak kira kecik besar tua muda semuanya di sapa. Kata hubby, “tak kira orang tua bongkok tiga ke bongkok empat, semuanya dipanggil kakak.”

Jam 3 Azzahra dan Taqiuddin pulang. Amsyar dan Alim mengambil alih. Tidak lagi jual di tepi pasaraya tetapi beralih ke Pasar Ramadhan.

Alhamdulillah kerana mengurniakan semangat ingin membantu orang tua dalam diri anak-anak. Terima kasih, anak-anak.

Tanpa menerima tempahan seperti tahun-tahun dulu, hanya tawakal kepada ‘kita buat dan jual akalu kita sihat’, simple coklat moist laris lebih 400 biji. Ada juga buat simple choc moist dengan berat 1kg, tapi tidak banyak.

28-30 Ramadhan itu ada juga yang menempah kek harijadi. Ini pun sebenarnya adhock order. Rata-ratanya choc moist, jadi senang saja kerjanya.

Meh kita lihat hasilnya, seadanya pada waktu terkejar2 menyudahkan simple choc moist.


Ini tempahan daripada Mak Ucuku dari Muar. Untuk anaknya Joy & menantunya Dee, nak diarikan di KB.


Ini tempahan daripada Ana. Suaminya, Awi membaik pulih letrik di rumahku. Sedang hangat membakar kek, letrik buat hal. Fius utama terbakar. Kuasa letrik yang kami gunakan mengatasi had yang dibenarkan. Nasib baik tak meletup. Hanya terputus bekalan. Bersahur dalam cahaya lilin. Siang berkipas kepanasan. Terbang RM300 kerana tukar segala yang baru agar mampu menampung kuasa letrik yang kami gunakan.


Ini tempahan untuk harijadi Suhaili. Suhaili pernah tempah kek hantaran pihak lelaki dan perempuan untuk hari perkahwinannya.


Tempahan Cikgu Koris untuk anak kembarnya.



Tempahan Cikgu Salleh, ini kira pelanggan tetap. Baru saja keluar daripada hospital buat ujian glukosa, isteri Cikgu Salleh telefon. Mak aiii, salah faham rupanya. Ingatkan nak ambil pada petang raya. Akhirnya diambil pada petang raya juga, nak raikan di Kuantan. ampun, cikgu...

Sebelum puasa, aku, Zana dan seorang rakyat Perak murtad (nak mengaku orang Pahang hehehe) pergi ke kelas kek lapis Juraiza aka Nomi. Waktu pergi kelas ni, aku baru je berputik. Maka tekak semacam. Pening. Sebentar keluar masuk bengkel menahan segala macam rasa. Kelas Vikgu Nomi ni bagus kerana sistematik pengiraannya untuk mendapatkan berat keseluruhan adunan. Siap kiraan modal. Siap dengan keraan tiap lapis. memang belajar matematik dan binaan bangunan (sebab nak buat bangunan berlapis-lapis ) Cara membuat corak, aku dah tak dapat tumpu perhatian. Mabukku datang. Raya baru ni sengaja nak melapis. Tak tahulah sama atau tak amcam Cikgu Nomi ajar. Tak ingat apa-apa dah.... ingat tang mabuk je...

Tengok ni... mulanya nak buat ada warna merah/pink tapi Cikgu Nomi tersilap packing pewarna. Pewarna kuning sampai 2 botol. Pewarna merah tak ada pun....huwaaa....jadilah warna ni...



Tak masak apapun pagi raya. Balik kampung nun jauh di sebelah bengkel...hehehe.... raya di rumah mak. Rumah jadi rumah tertutup. Bengkel jadi bengkel terbuka. Letih mak aiii, tak sempat nak buka rumah. Itupun minta kerjasama Qayyum yang sampai jam 11.45 malam - malam raya untuk mopkan lantai bakery bersama Amsyar.

Pagi raya, sempat le bergambar. Sssahnya hendak cuckupkan korum. Ada saja anak yang hilang. Ni tengok ni... masih tak cukup korum...


Yang sedia bergaya hanya ratu posing si azzahra... qayyum dan amsyar masih sempat kecoh di belakang. Alim dah senyum tapi Taqiuddin hilang... adddeh...


Dah cukup korum, gambar pulak blurr. Sakitnya!


tumpang iklan ye tuan umah..

**hurry!! cheapest engagement & wedding package in town -- > http://haniazrul.fotopages.com/**
Mon 10-Nov-2008 05:03
Posted by:haniAzrul  - [Link]
Salam K Zati...salam perkenalan dari saya...teruja betul bila masuk fp akak...memang akak dianugerahkan bakat dalam bidang ni...saya doakan semoga berjaya dgn bisnes akak k... Wed 12-Nov-2008 06:44
Posted by:zarina imanzikry_ina@yahoo.com.my
akak..bila nk update fp ni....lama x baca coretan akak ni hehehhe.... Thu 13-Nov-2008 14:07
Posted by:midnitebaker@Taiping,Perak balqis_cakes@yahoo.com  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Monday, 13-Oct-2008 00:05 Email | Share | | Bookmark
Walau bertukar kulit, hasrat tetap sama - berjuang dan berbakti

DENGAN MATLAMAT MEMBANYAKKAN AGEN PRODUK HALAL DEMI KEUTUHAN UMMAH, KELAS BAKE & DECO ZATI D'HATI MENAWARKAN PAKEJ-PAKEJ BERIKUT
PAKEJ 1 - BAKE SAHAJA - 4 METHOD KEK - METHOD BUTTER, SPONGE MODEN, SPONGE TRADISI, CIFFON. MASA- 10 PAGI- 1 TENGAHARI- RM 250
PAKEJ 2 - KELAS BUTTERCREAM - CARTOON ARTWORK DAN 3D - MASA: 9 PAGI DAN BERAKHIR HINGGA SELESAI, MENGIKUT KECEKAPAN ANDA - RM 250
PAKEJ 3 - KELAS BUTTERCREAM - BASKETWEAVE & SPECILITY CAKES - BELAJAR BUAT ROSES, FIVE PETALS, CHRYSANTHEMUM, DROP FLOWERS. MASA 9 PAGI DAN BERKAHIR HINGGA SELESAI MENGIKUT KECEKAPAN ANDA - RM250
PAKEJ 4- KELAS CHOC DECO - TOPPING DENGAN GANACHE, DECO BORDER DAN MEMBUAT ROS DARIPADA COKLAT. MASA 9 PAGI DAN BERAKHIR HINGGA SELESAI MENGIKUT KECEKAPAN ANDA. PERCUMA DEMO MEMBUAT CHOC BANANA CAKE - RM 290
PAKEJ 5 - KELAS CUPCAKE DENGAN BAKAR DAN DEKO 25 BJ CUPKEK MENGGUNKAN BUTTERCREAM, CHOC GANACHE DAN SUGAR PASTE. MASA JAM 9- 3 PETANG. RM 250
PAKEJ 6 - FONDANT DAN GUMPASTE - 4 HARI - RM1200. BOLEH DIPERCEPATKAN MENJADI DUA HARI.
SESIAPA YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI 017-9427033 ATAU 013-9823030 ATAU EMAIL zatidhati@gmail.com, zatidhati2u@yahoo.com.my. Anda boleh membuat tempahan pakej pada sebarang tarikh mengikut kelapangan anda.
_________________________________________________________________________

KITALAH yang mesti menjadikan hidup ini bermakna andai tidak mahu hayat terasa kosong dan sia-sia. Selain beriman dan beramal untuk akhirat, tanggungjawab di atas mukabumi selagi hayat masih ada perlu diteruskan.

Ketika mendapat undangan deklamasi sempena Malam Ambang Merdeka peringkat negeri di Kuantan, aku termenung sejenak.Tentu saja kerana tarikh tanggungjawab itu perlu kulaksanakan adalah pada waktu kelas Dalea. Hendak ditolak, ini adalah peranan hampir setiap tahun. Akhirnya aku memutuskan untuk menerima tanggungjawab itu, meminta kerjasama Dalea memahami, sekaligus bermakna aku, Dalea dan Ila perlu bertungkus lumus menyudahkan kelas sebelum jam 7.30 malam.

Alhamdulillah, Allah memberi kemudahan kerana Ila mudah saja mengerjakan kuntuman rosnya pada hari itu, hari terkahir kelasnya. Dalea pula boleh memperbaiki kekurangannya sepulangan daripada Malam Ambang Merdeka atau esok paginya. Aku tahu resah yang mencakar-cakar hati Dalea kerana kuntum rosnya belum sempurna petang itu. Dalam waktu yang sama aku juga resah kerana bimbang Dalea akan pulang dengan rasa serba kurang.

Terkejar-kejar, aku hanya berdandan lebih kurang. Tak sempat hendak beria-ia. Hati berbisik - yang penting kau pukau penonton dengan lontaran suaramu.

Dalea melayani Azzahra dan Taqiuddin berbual tentang tragedi rasuk dan histeria yang melanda sekolah mereka. Amat keletihan, aku tidak menyampuk sepatah pun, borak bual mereka tenggelam dan akhirnya hilang saat aku terlentok tertidur dalam penghayatan bait-bait puisi yang sebati di hati.

Kuantan yang sesak jalanraya pada saat begini memaksa aku dan Dalea keluar kereta terlebih dahulu sementara hubby mencari parking. Langkah tentu saja terus ke belakang pentas, mencari produksi malam itu untuk mengetahui jadual tugasanku. "Acara akak last sekali, sementara menanti count down. Akak naik pentas , semua artis lain akan naik. Bila akak habis baca, MB akan naik dan count down bermula."

Namun kemudian aku diberitahu, giliran terpaksa dipinda kerana MB tidak hadir. Baca puisi dianjak awal sedikit, diikuti nyanyian. Hati membidas, apa salahnya teruskan seperti asal - bukankah sajak lebih sesuai sebagai kemuncak kerana tiupan semangat melalui puisi lebih lantang daripada alunan lagu yang akhirnya tidak lagi berkait dengan kemerdekaan dan perjuangan. Barangkali, kalau saja ketandusan lagu-lagu kemerdekaan dan perjuangan, lagu-lagu bernafaskan bakti dan cinta negara, penyanyi boleh menyanyikan lagu-lagu bertema lain dulu pada awal malam itu dengan maksud menyimpan lagu-lagu yang sesuai untuk malam Ambang Merdeka pada kemuncaknya.
(MB akhirnya hadir juga malam itu. Terimakasih.)

Dalea sebenarnya datang ke Pekan tanpa membawa kamera.
"Alahai, dalea kenapa tak bawa kamera? Kita ingat nak minta awak ambik gambar kita masa baca puisi malam Ambang Merdeka." Aku sedikit kecewa.
Namun Dalea cukup sporting. Dimintanya Mazlan kesayangan kirimkan kamera dengan bas ekspress. Ini menyebabkan hubby terpaksa tidur di bengkel, menunggu hingga jam 2.30 pagi - waktu bas ekspress itu tiba ke Pekan. Terimakasih untuk Mazlan dan hubbyku.

Dengan kamera besar yang memang jauh berbeza dengan kameraku, Dalea macam punya lesen besar lsen besar untuk klik di sana dan di sini. Hubby kata, selama ini tak pernah bawa jurugambar untuk baca puisi Ambang Merdeka. Kali ini zati macam balas dendam , bawa juru foto Nan Yang Siang Pau ( si Dalea lah tu)


Inilah orang-orang yang setia menemaniku. Taqiuddin yang kurang sihat malam itu. Azzahra yang memang suka berposing kadang-kadang menjeruk muka kerana kelaparan. Hubby yang cool saja walau dalam apa jua keadaan.



Inilah antara aksi yang sempat Dalea rakamkan. Sebenarnya banyak yang Dalea rakam, tak larat hamba hendak memilihnya. Antara peganganku - aku cuba tidak deklamasi dengan teks di tangan. Ia mengganggu penghayatan. Daya penghayatan yang sebati akan terpancar pada wajah dan bahasa tubuh. Deklamasi dengan oenghayatan penuh bukan bermakna kita menghafal teks hingga deklamasi sehingga ternampak-nampak tiap perktaan dalam teks. Bukan itu. Tetapi setiap peristiwa yang berlaku dalam sajak itu akan tergambar di ruang mata ketika kita deklamasi - itulah yang diakatakan penuh penghayatan. Setiap kata yang terkandung dalam puisi mesti difahami makna sepenuhnya agar dapat dicari intonasi yang sesuai. Kalau pada bait yang tidak sedih tetapi si pendeklamator buat-buat muka sedih dan suara hendak menangis, nampak sangatlah hanya hendak menarik simpati penonton, bukan kerana faham makna yang terkandung dalam sajak. Kemenangan besar pada pendeklamator dalam sesuatu pertandingan bukanlah kerana kemenangan yang diberikan juri yang kadang-kadang bersifat kroni. Kemenangan besar adalah kerana dapat membawa penonton faham maksud sajaknya, mampu mencari intonasi yang baik baik sehingga penonton/pendengar teringat-ingat deklamasinya. Kalau hanya diumumkan menang tetapi pendengar tidak ingat atau ada yang ingat hanya kerana kegagalan pendeklamator, itu adalah kegagalan terbesar! Berbelas tahun aku dalam dunia deklamasi, beraksi di pentas terbuka dan dewan tertutup, di dalam dan luar negara membuatkan aku berani mengeluarkan kenyataan ini!

Malam itu sepatutnya aku diberikan sebotol mineral untuk membasah tekak sebelum melontarkan suara. Tanpa meneguk seteguk air pun, aku deklamasi dengan tekak yang kering. Turun pentas terasa tekak perit, cepat-cepat mencari air. Hajat di hati hendak balik seusai deklmasi kerana tugas terhadap Dalea perlu disambung kembali tetapi produksi mengarahkan aku tunggu count down. Dapatlah Dalea memotret lagi. Inilah Daela bertukar baju mengikut upaya - dari jawatan besar kepada pendeko kek, kemudian kepada jurugambar pula.

Pancaran neon yang silau dan membahang, kaki pula sakit berdiri dengan kasut tumit tinggi yang tak berpadanan dengan perut memboyot... wajahku tidak ceria. Dalea membuat isyarat agar senyum. Addeh, tak larat nak senyum dah... lama sangat ikut bergoyang menyanyi. Penyanyi di sebelahku dalam gelak kecil mengomel juga, "bila nak habis ni, lenguh dah kaki ni."



Pulang dari Malam Ambang Merdeka, jalan begitu sesak. Hubby berusaha mencari jalan mudah untuk terus ke Tanjung Lumpur, isi perut yang berkeroncong. Pulang ke bengkel, Dalea memilih untuk tidur meskipun hatinya teringatkan ros yang belum sempurna dibentuk. Aku menghela nafas panjang - dalam waktu beberapa jam, aku menukar kulit - dari orang yang cuba berkongsi ilmu kek kepada orang yang berkongsi menghargai perjuangan dengan seluruh bangsa Malaysia. Tidak kira apa pun kata orang, padaku aku melakukan sesuatu yang bermakna untuk diri sendiri, orang lain juga, untuk bangsa dan negara. Mungkin ada pihak yang menolak kehadiranku, tetapi ada pihak lain yang menghargaiku. Peduli apa dengan semua itu. ramai kawan yang menikam dari belakang, yang menjadi duri dalam daging dalam diam dalam senyap. Hidup mesti diteruskan. Berjuang ada banyak cara asal niat mulia dan tidak menjatuhkan orang lain.

Pagi esoknya, aku dan Dalea pulun sugar paste dan gum paste. Dalea sesekali memegang noozle buttercream kerana masih tidak puas hati dengan kuntum rosnya. Apa yang penting dalam pembikinan roses adalah buttercream yang konsistense, tahu membahagi letak kelopak dan tahu mencari sudut. Itulah pesananku kepada Dalea dan lain-lain pelajarku.



Betul ke dalea senyum puas? Aku tahu ada lagi rasa tidak puas hatinya...

Dalea hadir ke kelas bukan saja sebagai orang yang ingin tahu, tetapi juga sebagai tukang masak sambal tumis & cekodok, juga sebagai jurugambar Nan Yang Siang Pau, juga menunjuk ajar aku menggunakan kameraku. Selama ini tidak tahu banyak functionnya. Tahu klik klik aje...

Kepada anda yang pernah datang belajar dan akan datang belajar, aku cuba berkongsi apa yang kutahu. Buklan saja anda belajar dariku, aku juga belajar dari anda semua.

akak tak tahu betapa orang merindui saat2 deklamasi anjuran Exxonmobil Utusan dulu....................bilala lagi siapala lagi.....................................tak puas hati langsung setahun sekali sedangkan bidang ni penuh amanat macam2 isu semasa boleh diungkapkan. pertandingan lebih berkesan, persembahan lain auranya ala2 aura mawi hohohohoohoo suka hati buat apa melainkan orang yg berpengalaman dan punya ilmu bidang ini Wed 15-Oct-2008 20:27
Posted by:am am_1681@yahoo.com
Sy berminat dgn kelas choc deco/pakej 4. Thu 16-Oct-2008 06:07
Posted by:mamaeena fadzlinafadzil@yahoo.com
cikgu ti sayang... maaf kerana lewat meninggalkan jejak di sini... jasamu sebagi guru kek ku amat di hargai..... segala tunjuk ajarmu sentiasa tersemat di hati.... akan ku praktik kan setiap kali membuat kek dan mendeko kek... wajahmu yang sedang mengajarku sentiasa terbayang.. tangan mu yang menggenggam nozzle sentiasa terpandang..... sekali sekali sms dari ku akan terlayang ke cikgu zati.. bertanyakan apa yang tak pasti....

Alhamdulillah.... belajar dengan cikgu Zati memang puas hati.... cuma diri ini belum cukup puas hati dengan hasil bunga ros ku..... ini lah modul yang paling mencabar bagi ku..namun sokongan padu dari cikgu zati telah membautkan ku berjaya menyiapkan kek 3 tingkat order dari pelanggan dengan hiasan bunga ros maroon !!! ku harap cikgu zati merasa lega kerana atas bimbingannya, ku dapat menghasilkan kek 3 tingkat pertama ku....

terimakasih ti...... jasamu sentiasa ku kenang

p/s hobiku memang amik gambar.... rasa happy sebab dapat merakamkan detik2 bermakna zati mendeklimasi sajak pada ambang merdeka....

Daalia
Thu 6-Nov-2008 06:40
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Sunday, 5-Oct-2008 23:11 Email | Share | | Bookmark
CERITA-CERITI MENJELANG SAMBUTAN KEMERDEKAAN, KELAS ILA & DALEA

CEPATNYA MASA BERLALU. AIDILFITRI DATANG DAN KESIBUKAN TAK KUNJUNG HILANG. SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNJUNG BAIK YANG PERNAH BERSUA ATAUPUN TIDAK. SALAM KEMAAFAN, SEMOGA SILATURRAHIM BERKEKALAN.

KELAS CUPCAKE AKAN DIADAKAN PADA 9 OKTOBER. SIAPA YANG BERMINAT, HUBUNGI 017-9427033 ATAU 013-9823030. UNTUK LAIN-LAIN PAKEJ, ANDA BOLEH MENEMPAH TARIKH KELAS MENGIKUT KELAPANGAN ANDA.
________________________________________________________________________________

Ila, student law ini seorang yang pandai menjahit. selalu hadir kelas-kelas jahitan. Katanya, bila saya buat jahitan-jahitan seni, jiwa saya tenang. Jahit boleh hilangkan tension dan stress saya. Demikian sebaris kata-kata Ila.

Namun kata-kata itu ada benarnya. Hanya orang yang berjiwa seni, meminati apa yang dikerjakan akan faham bagaimana sesuatu seni itu boleh berfungsi sebagai penenang jiwa, penghibur dan memberi kepuasan yang tidak terhingga.

Meh kita lihat hasil kerja Ila. Sungguhpun datang sebagai seorang yang tiada pengalaman dalam pembuatan dan penghiasan kek, Ila membuat saya dan Dalea kagum kerana diberi kelebihan - sebentar saja dia sudah boleh membuat ros. Barangkali inilah yang dikatakan kelebihan dan kekurangan manusia tidak sama.


mak aiii, salah dah ni... ni kek dari tangan dalea...bukan ila...


Alamak... ini choc deco Ila atau Dalea? Ampun, Ila....



Ila ni semangatnya berkobar-kobar hingga tidak sabar-sabar mencari waktu untuk mengambil pakej fondant dan cupcake pula. Sabar. Ila... exam sekarang ni ya... good luck.

Dalea - mengambil crash course. aku sendiri bimbang ketika kami ym, Dalea meminta semua couse kecuali cupkek dalam masa 4 hari. Pakej untuk 8 hari hendak digomol dalam 4 hari. Bimbang kerana aku belum tahu tahap staminanya. Bimbang kerana di bengkel ini semuanya perlu dibuat sendiri, tidak ada bantuan bibik. Bimbang kerana aku tidak dapat menolak undangan deklamasi malam ambang merdeka yang selalunya menjadi rutin tahunan. Tapi Dalea kuat semangat. Ketika aku menartik selimut jam dua pagi, dia masih menjamu mata membelek buku-buku panduan menghias kek. Malam kedua dan ketiga, dia memilih untuk tidur untuk bersilat pada siangnya...

Dale menjadi tukang masak kerana katanya dia rindukan sambal tumis. Berlari dia ke dapur membuat sambal tumis, sedangkan aku memilih tahan nafas, mabuk dengan bau tumisan.

Kalau ada cekodok, cicah sambal tumis, sedap Lea - aku memang penggemar cekodok.

Dalea bangun pagi2 buat cekodok. Heheheh.... Dalea ni memang rajin memasak. Bezanya, kalau di rumah ada bibik sediakan bawang lada, di sini Dalealah yang menyiapkan segala.

Meh, kita tengok hasil tangan Dalea...



semua bunga pada kek fonfant ini, baik kecil mahupuin besar adalah dari tangan Lea. Cantikkan. Tersenyum lebar Si Lea kerana memang impiannya hendak dapatkan kuntum bunga merah begini...





Membuat ros memang agak sukar kerana tangan perlu mahir mencari sudut2 untuk setiap baris kelopak. Lea berusaha bersungguh-sungguh, dari malam membawa ke pagi. Teruskan usahamu Lea...





ini warna pilihan Dalea untuk princessnya. Cantikkan?




Ni chef mana pulak ni? hehehe... inilah mazlah yang peramah... buah hati dalea.

Punyalah semangat Dalea belajar, hingga tak terasa kakinya disengat tebuan. Tahu-tahu dah membengkak je. Ish ish ish...
enty ini akan bersambung lagi.... sebelum tu, meh tengok foto Ila...kami sempat bergambar malam tu... yang tengah-tengah kecil molek itulah Ila.... kecil-kecil cili padi...


makin cun2 deco anak2 murid akak ni...geram nengok..ct-bab bunga lum pass Tue 7-Oct-2008 12:37
Posted by:ctnik cikpuankesum@ymail.com
slamat ari raya aidil fitri buat k/zati dan family...kagum tengok kerja tangan k/lea dan kekentalan semangat k/lea tu. sifu dan murid sama hebat nih... Tue 7-Oct-2008 15:08
Posted by:zana hassan zanaz70@yahoo.com  - [Link]
selamat hari raye .. Thu 9-Oct-2008 15:52
Posted by:unnamed farahfazi@yahoo.com
Add comment


Thursday, 25-Sep-2008 22:49 Email | Share | | Bookmark
CERITA-CERITI MENJELANG SAMBUTAN KEMERDEKAAN, KELAS ILA & DALEA

KELAS BAKE & DECO ZATI DHATI AKAN DIBUKA SEMULA PADA 5 OKTOBER. SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN TARIKH UNTUK PAKEJ2 YANG DIMINATI.
KELAS CUPCAKE AKAN DIADAKAN PADA 9 OKTOBER. ADA 3 KEKOSONGAN. CEPAT. TEMPAT ADALAH TERHAD.
_____________________________________________________________________________


TIDAK kira apa pun pertikaian, pertelingkahan, pergeseran parti-parti politik, tugas mengisi kemerdekaan perlu diteruskan. Pergeseran dalam politik bukan baru wujud, tetapi semenjak dulu kala lagi. Bagaimana para nabi dan rasul dikecam kerana bimbang menjadi pemerintah yang diagung-agungkan. Bagaimana keturunan rasulullah dibunuh dengan kejamnya, dilupuskan sama sekali dari muka bumi kerana manusia tamak kuasa dan ingin disanjung2. Mengenepikan itu semua, tugas mengisi kemerdekaan, menghargai kemerdekaan yang ditebus nenek moyang dengan cagaran darah dan airmata dan berakhir di meja perundingan - perlu terus disematkan dalam jiwa anak bangsa Malaysia.

Ogos lalu, aku dan anak-anak diundang memenuhi acara baca puisi. Yang tidak turut serta hanyalah 'Alim. Semenjak duduk berjauhan, 'Alim tidak mahu lagi bergiat deklamasi. Alasannya - umi jauh, tak ada orang nak betulkan kesilapan Alim.

Julung kalinya, Jabatan Agama Islam/Pejabat Kadi Rompin menganjurkan Pesta Rompin. Apabila agensi ini yang mengambil alih, maka yang berkumandang adalah lagu-lagu nasyid kotemparari, puisi, aktiviti2 kekeluargaan. Syabas kepada Jabatan Agama Islam. Dan syabas tentunya kepada tuan kadi daerah rompin yang menjadi tenaga kuat di sebalik penganjuran ini. Terima kasih juga tuan kerana mengundang kami....


Amsyar yang pulang bercuti sempat mengisi undangan deklamasi....


Puisi Kitalah Tuan dari anakanda SF Azzahra...

Ni pulak gambar siapa? Hehehe... gambar aku lah...


Dua tiga hari sebelum tu diundang jadi juri Sayembara Puisi Peringkat IPT Zon Timur, berlangsung di Kolej Shahputra, Kuantan...


Selesai saja kerja juri, aku pecut balik ke Pekan, memenuhi undangan untuk Bengkel Deklamasi Puisi Kemredekaan di SMK Peramu Jaya. Disusuli pula Malam Puisi Patriotik Pekan anjuran Persatuan Sasterawan Pahang (INDERAPURA) dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka. SF Azzahra dan Ahmad Taqiuddin deklamasi secara berduet. Gambar ini discan dari keratan akhbar Sinar Harian.



Qayyum yang pulang dua hari pun sempat mengisi undangan. Di antara kelima-lima anakku, Qayyum yang menyerlah kerana dia membesar ketika kerjaku hanya mengisi undangan puisi dalam dan luar negara. Selain membaca puisi di padang terbuka dan di dewan tertutup, Qayyum juga diundang memenuhi slot di tv. Antaranya slot puisi selepas warta berita TV 1 & 2, Anjung Budi dan Hari Kanak-kanak Sedunia.



Aku pun deklamasi juga pada malam tu tapi gambarnya tak ada. Balik dari bengkel deklamasi, aku sempat singgah kedai, beli baju sebabnya baju yang ada sudah tidak muat dengan mak buyung ini.

Malam tu, tidur sejam dua sementara menunggu kedatangan Dalea. Dalea mengambil kelas ditemani Ila, student law UITM. Ila sebenarnya tlah mengambil dua pakej terlebih awal tetapi terhenti kerana demam dan jadual kelas. Kita tengok hasil kerja Ila.





Entry ini terpaksa dihentikan di sini. Nanti akan kusambung lagi. Server sungguh menyedihkan. Pada teman-teman yang meninggalkan jejak, semua catatan kalian kubaca namun tidak sempat mengambil award dan kada raya. Kelembapan internet tidak mengizinkan pada waktu begini...salam sayang untuk pengunjung semua

salam, rasanya tak terlambat tuk mengucapkan slamat hari raya aidilfitri wat kak zati&abg lee serta ank2 buah yang tersayang... .. tak saba rasanyer nak rasa cake yang akak buat.. biler la leh sampai kat langat... salam semua.. Fri 3-Oct-2008 03:24
Posted by:nadia Jaafar tratai_07@yahoo.com
Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga semoga sentiase sukses serta turunlah selalu KL . Sun 5-Oct-2008 14:56
Posted by:chef syaiful izzisyaiful@gmail.com
Slam kemaafan,slam perpaduan,slam perjuangan....ular mnyusur akar tak kan hilang bisanya..buatlah apa-apa akan menjadi punya..kejayaan demi kejayaan bertapak satu demi satu...mudah tersentuh bila kerja-kerja seni terabai atau di abai kan....k.ti tak jemu-jemu berjuang..ramai yang nak menjejak namun tak terjejak...kan bintang itu tinggi...apapun k.ti antara guru-guru saya...hmm...lawonya kek-kek..SLMT AIDIL FITRI K.TI N FAMILI... Mon 6-Oct-2008 03:45
Posted by:musani
View all 6 comments Add comment


Monday, 22-Sep-2008 01:44 Email | Share | | Bookmark
MANUSIA ATAU HIDUP YANG ANEH?

MESKIPUN riuh sana sini bercakap tentang harga segala barang naik, namun keinginan membeli masih menguasai. Itu yang dapat aku simpulkan. Duduk di dalam kereta di kawasan parking, aku memerhati gelagat manusia. Berseronggah `mencebet' beg berisi cadar, langsir, alat perhiasan, perabot pasang siap. Itu belum termasuk pakaian untuk membesarkan hati anak-anak yang berpuasa dan ingin menyambut raya (bab ini rasanya boleh tidak dipertikaikan).
Hari raya seolah-olah wajib bagi mereka yang suka berbelanja untuk menggantikan segala. Ada yang mengecat rumah, menukar warna kereta, malah yang mampu akan tukar kereta. Aku yang semenjak kecil diajar mak bonda agar bersederhana berhari raya memandang hal ini sebagai suatu perkara yang lucu. Keanehan yang melucukan. Tetapi iyalah, duit masing-masing, tidak ada siapa yang berhak mencatu dan menyekat kuasa membeli. Itu satu hal.

Satu hal lain, ada yang mengejutkan anak-anak bersahur macam nak rak. Ditetapkan disiplin, kalau anak-anak curi berbuka, maka tak boleh makan sampai jam 10 malam. Sewaktu kecil pun ayah dan mak pun menetapkan begitu - kalau tidak puasa, tidak boleh berbuka bersama...nak makan, kena tunggu semua orang selesai berbuka. Ini bukanlah keanehan kerana budaya mendidik berpuasa ini diamalkan turun temurun. YAng anehnya apabila anak dikerah berbangun sahun, diwajibkan berpuasa penuh, sedangkan mak bapak senang-senang cedok nasi masuk pinggan dan makan beradab... di depan anak-anak pula tu. Ada yang hisap rokok berkepul2 depan anak2. Alasan - hisap rokok tak batal puasa. Anak pula menyanggah, "Ustazah kata hisap rokok batal puasa, ayah!" Urgh! Mana diletak muka?

Ada yang solat 5 waktu tidak sempurna, tetapi malam-malam pergi solat tarawikh. Tiang utama dibiarkan buruk tetapi ditokok masuk tiang halus. Yang sunat itu ibarat menutup koyak yang sedikit tetapi kalau koyaknya melebar, tak memadai ditutup dengan perca-perca kecil. Ada juga yang menghukum anak jika tidak larat ke kelas fardhu ain, tidak solat, tidak pergi kelas mengaji tetapi dalam masa yang sama dia juga tidak solat tidak mengaji. Solat hanya kenal pada pagi aidilfitri. Memanglah tanggungjawab ibubapa mendidik anak2 tetapi didikan utama melalui contoh dan teladan.

Aku bukan ustazah dan bukan sebaik umat. Tetapi lintasan menulis ini terdetik tahun ke tahun. Alangkah anehnya. Manusia atau hidup yang aneh? Manusialah yang aneh kerana pelbagai ragam, pendapat, aksi, tindak, fikiran, emosi dll.

Banyak kekhilafan yang diri ini lakukan. Tulisan ini mengingatkan diri sendiri agar tetap di landasan Tuhan meskipun diri tak henti diuji. Pada yang membaca tulisan ini, tulisan ini hanya peringatan untuk kita semua. Allah tidak lalai dan tidak lupa tetapi kitalah yang mudah lali dan lupa. Hidup pesan berpesan.

Kata anakku Amsyar dalam salah satu smsnya - umi, kalau nak tidur, minumlah air dengan baca al fatihah, tiga qul dan ayat kursi, niat moga Allah kuatkan iman kita. Umi jangan lupa Allah. Allah tidak lupa hambaNya tetapi hambaNya selalu lupakan Allah.

Foto entry kali ini bukanlah foto langsir dan cadar baru kerana aku tidak perlu menukar semua benda selain membelikan dua pasang baju untuk setiap anak. Tetapi hanyalah foto cupcake ketika kesihatan tidak menentu. Lepaan kurang rata. Seadanya...




"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI BOXHOUSESTUDIO SYAWAL 1429H"..jom amek kad raya Thu 25-Sep-2008 02:50
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
::SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA yg tinggal beberapa hari lagi...
::SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL yg bakal tiba...
::POHON AMPUN & MAAF andai ada salah n silap,budi bicara sepanjang kite kenal n sepanjang kite jdk anak didik akak ya...
::MOGA SIHAT WA'AFIAT SELALU baby ape kabar ya...
Thu 25-Sep-2008 03:37
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
betul tu kak..kita sebagai ibubapa lah yg patut tunjuk teladan yg terbaik buat anak2..mereka tgk apa yg kita buat..SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN..MOGA AIDILFITRI KALI INI LEBIH BERMAKNA BUAT AKAK SEKELUARGA Fri 26-Sep-2008 00:45
Posted by:ina ina_saly@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 19-Sep-2008 00:37 Email | Share | | Bookmark
ALLAH MAKBULKAN CITA-CITAKU

INFO KELAS: KELAS BAKE & DECO ZATI D'HATI AKAN KEMBALI DIBUKA PADA 5 SYAWAL. SESIAPA YANG BERMINAT, SILA BUAT TEMPAHAN TARIKH UNTUK SETIAP PAKEJ YANG KAMI SEDIAKAN.
______________________________________________________________________________

Barangkali allah makbulkan cita-citaku, begitu aku memujuk hati. Dulu aku pernah memberitahu teman-teman - cita-citaku sewaktu kecil ingin menjadi doktor dan aku berpeluang merawat 'watak-watak' ciptaanku di dalam cerpen, novel dan skrip karyaku - watak-watak yang sering `sakit-sakit'. Aku menjadi doktor jiwa, pakar motivasi - memberi bius dan vaksin.

Bermula hari pertama belajar menyuntik tubuhku sendiri dengan insulin , anak-anak dan suami, malah beberapa teman rapat menggelarku Doc Amaruszati. Aku senyum sendiri sambil menggumam dalam hati, Ya Tuhan, kau makbulkan cita-citaku.

Pantangku tidak saja pada hari yang dijadualkan perlu menjalani BSP test - ujian glukosa dalam darah. Aku kawal pemakanan terutamanya mi, makanan kegemaran. Sedikit aku kesali - hospital sepatutnya menemukan pakar pemakanan dengan pesakit-pesakit diabetes terutamanya ibu-ibu hamil yang mengalami GDM- gestinol diabetes melitus ini. Atau setidak-tidak memberi jadual pemakanan dan kandungan pemakanan serta sukatan yang betul untuk kawalan pemakanan. Bukan sekadar memberitahu, "makan tu pantang sikit. Jaga-jaga makan tu."

Itu saja? Itu saja tidak cukup untuk dijadikan panduan. apa yang dapat aku lakukan, aku merujuk kepada teman deklamasiku Dr Hasnida, teman penulisku yang juga jururawat Aminah Mokhtar dan teman fasilitator PPSB di PLKN, Cikgu Norhayati yang pernah alami GDM dan menyuntik insulin ke tubuhnya sendiri dengan nova pen.Kata cikgu Yati, kau pinjam nova pen aku, kalau beli mahal...RM 300, kau beli jarumnya saja...jarumnya pendek berbanding jarum biasa. Namun kerana tiada ruang waktu untuk ke Muadzam bertemu Cikgu Yati, aku cekalkan hati menusuk jarum yang panjang lebih 1" itu ke tubuh.

Dari rujukan, aku menukar beras biasa kepada beras perang. Aku haramkan sama sekali gula biasa masuk ke tubuhku, kugantikan dengan equal. Makanan yang banyak mengandungi karbohidrat kerana kandungan karbo banyak bertukar menjadi glukosa akhirnya, aku elakkan. Pisang, mangga, nangka, durian terpaksa kuelakkan. Mi, kentang, segala jenis ubi terpaksa ditolak ketepi. Segalanya ini untuk kebaikan nyawa yang bersemayam di rahim. Kalau darah tinggi memberi risiko kepada ibu, diabetes pula memberi risiko kepada bayi. Ya Allah, selamatkanlah segalanya.

Di bawah ini, puding delima... ini kubuat ketika belum disahkan mengalami GDM. Qayyum yang memberi panduan cara membuatnya.




PUDING DELIMA

bahan-bahan:
sengkuang cina - dibuang kulit dan dipotong dadu
pewarna merah dan hijau
tepung ubi
syrup
santan dimasak dengan pandan hanya sekadar mendidih, jangan gelegak.
mangga
nata de coco

Cara:
1. bahagi dua sengkuang cina. 1 direndamkan dalam sedikit air yang telah dicampur pewarna merah. 1 bahagian lagi dalam pewarna hijau.
2. Toskan. Kemudian golekkan sengkuang cina tadi ke dalam tepung ubi. buang lebihan tepungnya.
3. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan sengkuang cina. Bila timbul, angkat, toskan dan cucur dengan air sejuk.
4. masukkan ke dalam syrup.
6. masukkan nata decoco dan hirisan mangga.
7. curah santan.
8. masukkan ke dalam peti sejuk atau masukkan ketulan ais ke dalamnya.

+++ sewaktu membelek buku masakan thai, terjumpa resepi ini. Rupa-rupanya ini puding dari thailand.

Di bawah ini.... gambar fondant cupcake , tempahan khas Lieya dari Kl, sempena majlis pertunangannya di Kuantan. Warna hitam putih silver.
Untul lieya sayang - semoga hari-hari depanmu menjanjikan kebahagiaan. Nanti kahwin, jangan lupa order lagi ya









Nah... ini dia si manis lieya...memang benar-benar manis, ceria di wajahnya membenarkan bahawa dia benar-benar bahagia menghadapi detik-detik pertunangannya.... se;amat segalanya lieya

salam dari cherryblues...1stly, Selamat menjalani ibadah puasa ...2ndly, CONGRATS bakal dapat baby baru...semoga menjaga kesihatan diri dan kandungan...lastly...Selamat Hari Raya Aidilfitri..hope it's not too early ..
wassalam..
Tue 23-Sep-2008 16:57
Posted by:Azria Aziz mycherryblues@yahoo.com  - [Link]
Salam Zati,

Once ada jugak saya berlakon jadi doktor, masa tuh dalam tingkatan 5...arwah ibu kena disuntik insulin beberapa kali sehari. Adik, abang dan kakak yg lain agak takut nak buat jadi kerana kesian kat ibu, i la jadi doktor nyer he he.....tapi tak pernah bercita2 nak jadi doktor pun....btw, memang kalau hamil bila agak berusia banyak jugak complications dia tapi dengan observation dari pakar insyallah semua akan baik akhirnyer...dan dgn usaha dan tawakkal....and lastly, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...
Wed 24-Sep-2008 10:30
Posted by:zaitgha zaitgha@gmail.com  - [Link]
salam kak. maaf tanya, akak ada refer pd sesiapa sebelum mengambil equal? semasa saya pregnant, pun ada diabetes jugak, tapi doc tak bagi langsung saya ambik equal sbb katanya artificial sweetener tu tak bagus utk baby. jadi saya minum apa2 pun 'kosong' ajer la, takde letak gula atau equal atau apa2 yg sama waktu dengannya.

harap akak dan baby kekal sihat sampai selamat semuanya.
Fri 26-Sep-2008 07:14
Posted by:Aliza  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Sunday, 14-Sep-2008 07:13 Email | Share | | Bookmark
PILU DI SUBUH RAMADHAN

Aku didesak naluri menulis kisah ini ketika pilu mengasak dinding hati. Aku cuba memasukkan entry lain tetapi jari tidak laju menaip sedangkanmemori pula disuguh peristiwa yang kuhadapi di wad 3A Hospital Pekan Akhirnya aku memutuskan meninggalkan entry lain terlebih dahulu.
Berbeza dari hamil yang lalu tidak pernah ada masalah kesihatan, kali ini aku diuji GDM - diabetes ketika hamil. Meskipun terlibat dengan dunia kek yang tentu saja berkait dengan manisan, aku bukan penggemar makanan manis dan alah kepada karbohidrat. Makan nasi selalu membuat aku mengantuk, jadi pengambilan nasi terhad benar. Dua kali menjalani BSP - pemeriksaan darah untuk mengetahui tahap glukosa-, glukosa akan naik hatta yang masuk ke perut hanyalah dua keping roti wholemeal dan segelas susu ANMUM. Akhirnya aku akur pada kenyataan hamil di ambang usia 40 tentu saja banyak risiko.
Masuk wad pada hari pertama, hanya untuk pemeriksaan BSP. Disusuli esoknya dengan suntikan insulin. Lusanya juga suntikan insulin. Tidak dibenarkan berpuasa kerana dikhuatiri hypo. Memanglah, baru setengah jam jarum insulin menusuk lengan, sudu hati rasa pedih bergulung-gulung. Tetapi pada hari lusanya, suntikan insulin itu menyebabkan glukosaku merudum meskipun telah makan berkeping roti. Muka merah dan badan mula berpeluh dan aku didesak minum air yang manis. Aku bukan saja pulang dengan hamper Ramadhan pemberian Datin Sri Rosmah, sebeban jarum untuk menyuntik sendiri tubuhku dengan tiga kali sehari insulin, tetapi juga seberkas kenangan pilu di wad itu.
Di depan katilku, seorang ibu mengandung dengan masalah darah tinggi. Di kananku, ibu mengandung 6 bulan yang mengalami sakit perut, discan dikhuatiri air mentubannya pecah. 4 katil yang lain dengan masalah ibu hamil berkencing kotor, ibu hamil diabetes, pesakit jantung dan seorang tua yang tak sempat kuberbual bertanya khabarnya. Ini adalah soal biasa kukira. Namun katil di depanku (tepatnya bersebelahan dengan ibu hamil dan berdepan dengan ibu mengandung sakit perut), ada seorang wanita terlantar dijaga anak lelakinya.

Leher atau dadanya nya ditebuk (mengingatkan aku pada mendiang ayah mertuaku mengalami masalah yang sama - tentu saja tidak boleh bicara lagi). aku sentiasa memerhatikannya dan sesekali aku terasa dia seperti tidak selesa meskipun kadang-kadang apabila terserempak mata, kami sama-asama bertukar senyum. Ingin mendekat dan bertanya tetapi bimbang kehadiran diri akan membuat dia makin tidak selesa.

Dia dijaga oleh anaknya Angah, masih anak-anak atau awal remaja, lelaki. Kadang-kadang datang si sulungnya, sedang remaja, barangkali menghadapi peperiksaan besar tahun ini. ada dua anak lelaki lagi, seorang masih di sekolah rendah dan seorang lagi usia tiga tahun (usia anak ini kuketahui lewat perbualan doktor dan nurse). Selama aku di wad, Angah tidak bersekolah. Setia di sisi ibunya, melakukan kerja rutin menyedut liur dari paru ibunya - kelihatan begitu cekap melakukan kerja dengan bersarung tangan dan menggunakan alat yang tersedia. Pampers ditukar oleh kedua-dua anak ini. Makan disuapi angah. Segela kehendak ibu dilayan Angah, bukan sekadar menukar chanel tv mengikut kehendak ibunya.

Meskipun di sebalik skrin langsir yang ditarik untuk menguruskan ibunya, hati kecilku tersentuh mendengar Angah berkata, "pejam mata, mak, nanti masuk bedak." Agh! Anak 13 tahun itu menukar pampers dan membedakkan ibunya. Anak 13 tahun itu bertanya di mana tempat yang sakit perlu dipicit. bertanya cukupkah sedutan yang dilakukan. Dan hatiku terhiris apabial mendengar Angah bertanya, "mak, kenapa pagi tadi mak menangis, mak?'" Ya Tuhan, tentu ibu itu menangis dalam diam-diam tetapi Angah telah menanggapinya.

Setiap jam 4 pagi , dengan isyarat kecil - angah akan dikejut ibunya. anak inilah yang menyuap makanan sahur untuk ibunya. Jam 4 pagi, aku akan duduk tercokoh di atas katil, menahan sayu melihat ketabahan remaja 13 tahun ini melayani ibu yang telah bersusah payah melahirkannya. Terdetik di hati kecil, "Kalau aku sakit terlantar pada usia begini, anak-anak masih kecil dan remaja, hendakkah anak-anak menjagaku seperti ini." Hati kecilku bergetar hiba, apalagi seringkali terlihat ibu itu memejam mata sedang pipinya yang pucat berubah warna, bibirnyamenggigil dan airmata berlinang di pipinya. Sering aku menelan liur yang pekat, menarik baju sejukku ke muka, melindungi airmata yang meleleh tiba-tiba.

apa yang bersarang dalam fikiran ibu itu? tentulah kerana dia bukan sepatutnya di situ. sepatutnya di rumah, melayani suami dan anaj-anak. Anak-anak yang seharusnya mendapat belai kasih dan perhatiannya. anak-anak yang sepatutnya riang ria bersama teman-temannya. Tentulah terasa menyusahkan orang lain. tentulah siksa melupakan segala yang pernah dilalui dan menerima hakikat hidup kini bersandarkan orang lain. Suami tidak dapat menjaganya kerana peraturan di wad tidak dibenarkan lelaki dewasa menjaga pesakit perempuan.

Sebelum pulang, aku bertemunya dan bertanya, "Sal sakit apa?"
Dengan gerak bibir tanpa suara , dia memberitahuku, " Saraf."
Aku meneguk liur. Tuhan.... aku memandang Angah, "angah, jaga mak baik-baik ya."
Angah mengangguk sedang mukanya dipekup dengan bantal. Tidak tahu apa reaksi wajahnya tika itu.
"Sal, tabah dan sabar ya..."
Dia senyum.
Apabila pulang ke rumah, tahulah cerita sebenarnya dari bibir emak...wanita itu- Sal- terjatuh di rumahnya, mengakibatkan saraf ketika si kecilnya berusia lebihkurang 6 bulan. sejak itulah suaminya berubat ke sana ke sini. kemudian dia mengalami masalah pernafasan, barangkali kerana itulah ada tebukan kecil pada leher atau dadanya - agh! aku kurang pasti. Cuma aku sempat melihat tulangnya timbul, kurus kerana penderitaan.Suaminya datang setiap petang membawa dua lagi anak. Kadang-kadang datang pada tengahari sambil mengusiknya - ada secarik senyum yang payah pada wajah Salmenerima gurauan suami. Aku sering menelah, suami itu mengurung sekian kesedihan melihat penderitaan isterinya kerana tidak mahu iaterinya berdurja, mengajak isterinya tabah hadapi segala. tetapi sebaik saja kakinya melangkah keluar dari wad itu, bagaimanakah dia? Kepada Sal, suami dan anaj-anak, semoga tabah menghadapi ujian ini.
Begitulah hidup... ketika kita menganggap kita diuji, ada orang lain yang lebih hebat diuji. Kita sering rasa kita derita tetapi ada orang yang lebih derita. Sesungguhnya, ujian untuk setiap umatnya meski apapun sukatan tahap ujian itu, matlamatnya tetap sama - untuk menguji keimanan kita.
Tak ada mood nak masukkan gambar tetapi takkan entry ini kosong sajakan...
__________________________________________________




Bab masak lauk pauk, aku main campak-campak je.... Ini resepi ayam bakar yang tak ikut sesapa. Resepi aku sendiri. Perturunkan resepinya di sini...
macam biasa tak ada sukatan... aku suka lebihkan lengkuas dan serai... suka makan dengan nasi atau roti bahan perapannya ini...

AYAM BAKAR ZATI D'HATI

- 1 ekor ayam
- bahan-bahan dimesin basah:
bawang besar
halia
serai
lengkuas
cili kering
** mesin dengan air yang sikit. Masukkan bahan yang hendak dimesin sikit-sikit supaya tidak banyak air digunakan. Nak bahan-bahan ini dimesin pekat
bahan-bahan dimesin kering:
ketumbar
jintan manis
jintan putih
bahan-bahan lain:
gula melaka dimasak dengan sedikit saja air - untuk tujuan hancurkan gula saja**siapa yang rajin nak racik halus-halus, silakan. Tak letak madu sebab manis gula melaka punya rasa tersendiri...
garam
kunyit
sikit kicap pekat
sikit kicap tiram
sikit pes asam jawa
*** perap ayam ni dengan semua bahan satu malam. Sehari semalam pun tak apa. Lagi lama diperap lagi sedap, tapi masuk dalam chiller.
Pas tu? Pas tu bakar je lah... Kalau nak percikkan dengan minyak menggunakan batang serai, silakan. Aku tak percik-percik dah... cukup dah minyak ayam keluar... tengah ngandung ni, kalau makan yang berminyak, bila senadawa jadi tak sedap tekak je...

Bawah ni pula, buah tangan Qayyum... hari terakhir puasa bersamanya, sempat dia bakarkan kambing tapi tak sempat buatkan sos lada hitam. Cecah sos lada hitam LIFE saja.... terima kasih Qayyum. Nak lagi
Alim yang pulang minggu ini bertanya, "Qayyum tak balik ke?"
"Tak. Tak balik. Raya pun tak balik."
"Kalau Qayyum balik, Alim nak makan kambing bakar dia..."
"Tak apa. Umi buat."
"Umi kan penat. Tak payahlah."


sayu hati baca kisah kali ini...
p/s;take care ye kak...."selamat hari raya"
Thu 25-Sep-2008 05:59
Posted by:chendana ayu_cendana@yahoo.com  - [Link]
Salam..air mata mengalir laju dan saya teresak membaca kisah Angah dan ibunya.
Mudah-mudahan Allah melindungi saya dari penyakit yang memerlukan anak-anak
menjaga saya. Kesian anak-anak yang terpaksa memikul tanggung jawab sedemikian.
Kesian Kak Sal..Semoga tabah menghadapi ujian Tuhan.
Sun 28-Sep-2008 23:28
Posted by:cempaka cempaka80@yahoo.com
Kak Zati, how are you? Semoga sihat2 selalu walaupun dgn komplikasi pregnancy kali ini. Cerita Kak Zati sangat2 menyentuh perasaan. Anak yang setia menunggu ibunya walauoun terpaksa mengorbankan masa persekolahannya. Tak ramai anak yang sebegini kan kak. Syahdu bila Kak Zati menceritakan cara anak ini menjaga ibunya, sungguh perihatin, penuh kasih sayang. Hanya syurga baginya, itu sahaja yang boleh kita doakan selain harapan untuk ibunya pulih. Amin.

Kak Zati, take care ok.
Mon 13-Oct-2008 01:01
Posted by:wiz  - [Link]
View all 23 comments Add comment


Monday, 8-Sep-2008 02:41 Email | Share | | Bookmark
MASAKAN SUPERB CHEF 2 B

Kata mamasya, bukan nak tengok gambar pinggan tapi nak fokus pada masakan. Sebenarnya selama ini tidak mesra kamera tetapi kedatangan Dalea ke Pekan memberi ruang untuk aku mesra camera, sikit-sikit. Jadi dapatlah aku ambil gambar makanan pada jarak dekat dengan terang (walaupun tak seterang gambar dari kamera lea). Apabila dah fokus dekat, dapatlah sembunyikan pinggan cap ayam yang aku gunakan.

Qayyum hanya pulang dua hari, itupun kerana pujukanku. Sementara menanti hari masuk latihan kerja di Park Royal yang berbaki 3 hari, aku menggesanya pulang. "Baliklah, boleh buka puasa sekali," pujukku memandangkan AidilFitri dia tidak dapat pulang.

Selama dia kuhantar belajar di Sugar Craft Academy, tak pernah sekali rasa air tangannya. Apabila aku minta dia masak, jawabnya mudah saja, "Qayyum balik nak makan masakan umi." Kata-kata itu buat aku kalah. Tetapi Ramadhan ini aku memujuknya, "Umi nak makan ayam panggang, nak yang yum belajar. Hantar belajar masak, takkan tak boleh masak untuk umi."

Qayyum tersengih. "Kalau nak resepi yang yum belajar, tak boleh. Resepi campak-campak boleh. Test skill."

Tak kisah... campak-campaklah. Aku pun selama ni campak-campak je. Anak-anak membesar jugak dengan masakan campak-campak. Tak sempat nak bersukat.

Yuk, kita tengok Qayyum di dapur di bengkelku. Semenjak operasi berpindah belum selesai, masa kami banyak di bengkel.Aku gelar Qayyum Superb Chef To Be. Siap aku buatkan satu blog superb chef to be tetapi stail belajar academy, tentunya padat dan dia tak sempat masukkan walau satu entry pun ke dalam blog itu. Melihat gambar-gambar culinary art dalam laptopnya, aku membayangkan andailah dia punya waktu memasukkan gambar-gambar itu ke dalam blog yang kubina itu, alangkah.....

Inilah superb chefku, sedang melayani kami semua makan. Rasanya inilah pertama kali rempah barat masuk ke perut mak dan ayahku. "Macamana mak, ayah? Ok tak?" Risau emak ayah tak boleh terima rempah barat.
"Ok. sedap."
Tak payah jawab pun tidak mengapa kerana laju saja ketul-ketul ayam bertambah masuk ke pinggan.



Meh, kita tengok foto close up gambar ayam panggang resepi campak-campak Qayyum... ayam ini diletakkan di atas hirisan carrot dan batang saleri. Katanya, lapisan di bawah ayam ini dipanggil mehua (betul ke ejaan aku nih )...



Nak tau resepinya? Nih...tanpa sukatan...

Ayam Herbs Superb Chef To Be
- 1 ekor ayam diperap dengan
- bawang putih
- lada hitam- pecah kasar
- paprika
- rosemary
- oregano
- sos l & p (lea & perrins)
- garam
- serbuk perasa kalau suka

Bahan mehua: hirisan nipis carrot, batang saleri

Glaze: jus lemon
sunquick
madu
mayonnise (jika suka, dicampur kemudian untuk bakaran akhir , agak-agak dalam 10 minit sebelum masak sempurna)

Sayur hiasan: capsicum tiga warna
carrot
brokoli
timun hijau
tomato cherry
kacang peas
bawang putih
- segala sayur mayur ni dipotong besar.
butter

Cara:
1. Bersih dan basuh ayam, toskan.
2. Perap.
3. Bakar 10-15 minit. Sapu glaze.
4. Ulang proses bakar dan sapu glaze ini tiga empat kali.
5. Kemudian bakar lagi. (Qayyum bakar dalam oven dan uji dengan termometer sehingga dapat suhu 80 darjah. Tapi katanya nak cepat bakar dalam microwave. Aku cuba buat setelah dapat panduan dari Dalea - hanya 30 minit dengan kuasa micro)
6. Kalau suka, masukkan mayonis ke dalam campuran glaze dan sapu glaze terakhir, kira2 sepuluh minit sebelum masak sempurna
7. Sementara itu, panaskan butter, tumis bawang putih dan lada hitam kasar, masukkan sayur-sayuran. Tak perlu masuk air. Tak perlu lama, sebentar sahaja. (Sebenarnya Qayyum ingin masukkan rosemary dan oregano tapi bimbang tekak datuk nenek menolaknya, dimasukkan lada hitam kasar saja.)

OK.... kemudian ada pencuci mulut. Qayyum buatkan. Dia masukkan sagu yang siap jernih masak ke dalam bekas menggunakan piping bag. Katanya susah nak cedok dengan sudu. "Piping bag ada, kita guna piping bag. Piping ni bukan untuk whipping cream je umi." Qayyum tersengih. "Senang, tak sememeh," tokoknya lagi. Gasaklah Qayyum. Janji umi tak penat di dapur dan dapat makan masakan anak yang kuhantar ke akedemy bermodalkan kepercayaan, harapan dan yuran RM15 tidak termasuk sara hidup yang semuanya datang dari hasil jualan kek.



Puding sagu ini tak payalah turunkan resepinya kat sini ya. Sonang jo...hehehe

Untuk Qayyum - ini hari pertamamu di Park Royal. Berlatih, bekerja dengan kesungguhan, kekuatan mental dan fizikal, kuat semangat tidak kalau kepada cabaran, berkelakuan bersih, yakin kepada diri sendiri, yakin kepada Tuhan, ingat bismillah pada setiap kali mula melangkah, ingat pesan Rasul dan tuntutan Allah. Doa putih dan harapan murni seorang umi seorang abi mengiringi langkahmu.... AMIN.

salam kak zati....tabik spring loriii lahh kat anak bujang akak tu...Sedap kan sekali2 tekak kita dijamu dgn herba2 barat......Biasa lah kita ni typical malay, kalau makan rempah yabg pelik sikit mula lah komen macam2....ada yang kata rasa macam kapur barus, itu tak termasuk yg tanya, depa tak pingsan ke lepas makan!!!...ahakss!! Fri 12-Sep-2008 16:26
Posted by:ah mat gebu  - [Link]
wah untung anak bujang pandai masak ya Sat 13-Sep-2008 03:36
Posted by:Ida isk merpati66@gmail.com  - [Link]
salam akak...
ade hadiah tuk akak kat fp kite...mai amik ya...kire kelapangan...
Sun 14-Sep-2008 02:51
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Thursday, 4-Sep-2008 06:51 Email | Share | | Bookmark
RAMADHAN DAN KELAS CHOC DECO

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA PENGUNJUNG, TEMAN-TEMAN, PROTEGE YANG BERAGAMA ISLAM. SEMOGA RAMADHAN INI KITA SEMAKIN TABAH MENAMBAH IBADAT UNTUK KEAMPUHAN IMAN. DI SAMPING MENGISI RUANG UNTUK DUNIA, AKU MENGAJAK DIRI SENDIRI DAN TEMAN-TEMAN, MARILAH KITA MENGISI RUANG BERIBADAT DAN BERDOA KERANA MALAIKAT-MALAIKAT MENGAMINKAN DOA KITA, BULAN TERSENYUM, BINTANG KERDIP MENGERDIP MELIHAT DOA KITA MEMANJAT TANGGA LANGIT DAN AMALAN TERISI DI BUKU PUTIH. AMIN.

Waktu bercinta, waktu bagaikan siput, terlalu lambat rasanya ia mengengsot. Tetapi kini waktu begitu pantas berlari, aku menghambatnya seperti tidak cukup tapak kaki. Stamina perlu cukup apalagi pada saat ini, perhatian bukan saja pada yang nampak di mata tetapi juga pada yang bersemayam di kantung rahim. Kadang terselit rasa bimbang pada 'yang sedang bersemayam', bimbang anakanda letih mengikut kerenah bonda. Tapi sering kubisikkan, "anakanda mesti kuat seperti bonda. seperti bonda tidak boleh kalah, anakanda juga jangan mengalah." Dan kemudian doa putihku memanjat tangga langit, menyerahkan segalanya kepada Ya Rabb.

Fp ini bersawang, kotak email tidak sempat dijengah, sapaan ym tidak sempat berbalas. Maaflah. tempahan biskut juga kutolak.Operasi pindah dari small bakery ke bengkel masih belum selesai sepenuhnya. Bosan sebenarnya melihat operasi tak berkesudahan tetapi hendak bekerja terlebih kuat selalu saja teringatkan pesan doktor - jangan kerja kuat, akak dalam high risk. Alahai...

Entry kali ini gambar daripada dua kelas choc deco. Kelas pertama dihadiri Farah - pensyarah Shahputra, Eezah dari Beserah, Eeleya dari Kuala Lumpur dan Yat, tauke dari Bandar Sri Damansara Kuantan. Gambar ini kugabungkan sekali kerana cepu minda tidak mengingati sentuhan siapakah semuanya ini. Cuma yang dapat kuasingkan - choc banana sentuhan Eeleya kerana tataannya berlainan. Itupun disebabkan untuk mudah dibawa pulang naik bas.

Hasil daripada kelas ini, maka aku memutuskan sesiapa yang hendak mengikuti kelas choc deco mestilah ada asas dalam deco buttercream. tentulah aku punya sebab menetapkan peraturan begitu.

Yuk.... kita lihat hasil tangan anak dara dan mak dara ni...









Inilah empat sekawan - fara, eezah, elleya dan yat.... sempat berposing sebelum pulang. Usaha jangan terhenti setakat ini ya... teruslah berlatih melembutkan jari dan mencari psaran... selamat berjaya untuk anda berempat.

Foto dibawah ini pula rakaman kelas yang menyusul selepas itu. Dihadiri oleh pelajar yang pernah mengikuti pakej 2 dan 3. Kembali semula ke bengkel setelah dua tiga minggu pulang ke negerinya. Atas sebab-sebab tertentu, fotonya tidak disiarkan. Begitulah kehendak tuan punya badan. Apapun, good luck, jangan takut pada cabaran dan iri manusia.





Banyak gambar yang belum dikongsi bersama, insyaAllah dalam Ramadhan ini akan kumasukkan ke dalam entry. Nak masukkan gambar makanan, tak ada pulak pinggan yang cantik-cantik. Ada pinggan ayan dan plastik je muahahaha

SALAM RAMADHAN BUAT KAK ZATI SEKELUARGA...
akak mengandung ekk? bestnya nak dapat baby...
saya teruja btul tgk kek coklat yg akak deko... rase mcm nak belajo je ke pekan tu haa... tapi baby kecik lagi...
Fri 5-Sep-2008 07:21
Posted by:baipower  - [Link]
Hi! Selamat menjalani ibadah puasa kepada semue umat islam.
Jika anda sedang mencari aksesori yg menawan untuk dipakai di hari raya, silalah ke http://beadsnlaces.fotopages.com untuk melihat aksesori crystal swarovski.
Tq…

Fri 5-Sep-2008 18:46
Posted by:nani lannieacu@hotmail.com
Selamat berpuasa buat Zati sekeluarga. Bila agaknya due? Saya minggu ni dah 32 minggu. Seronok dapat berpuasa ingat nak cukupkan sebulan tp terlebih gula dalam darah. Late pregnancy ni ada risikonya yee... Sekarang ni berat pun tak banyak kena jaga makan. Kalau masa muda dulu waktu macam ni dah lebih 70 kg. Sun 7-Sep-2008 09:31
Posted by:hayatibadri  - [Link]
View all 14 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.